ismakualaterengganu

Banjir: Tiga sekolah rendah di Sarawak ditutup

MIRI, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Seramai 330 murid dari tiga sekolah rendah di Sarawak tidak dapat bersekolah pada hari pertama sesi pe...

MIRI, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Seramai 330 murid dari tiga sekolah rendah di Sarawak tidak dapat bersekolah pada hari pertama sesi persekolahan hari ini kerana masalah banjir.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan dikeluarkan pada 8 pagi ini berkata, tiga sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Uma Sambap di Belaga, SK Beliau Ahad dan SK Rumah Essau, kedua-duanya di Subis.

“SK Uma Sambap mempunyai 158 murid, 15 guru dan sembilan kakitangan pentadbiran, kerja-kerja pembersihan sekolah sedang dilakukan,” katanya.

JPBNS berkata, jalan menuju SK Beliau Ahad yang mempunyai 117 murid, 13 guru dan tiga kakitangan pentadbiran terputus, bahaya dilalui dan kawasan sekolah masih dilanda banjir dengan trend air menaik.

“SK Rumah Essau yang mempunyai 55 murid, 10 guru dan dua kakitangan pentadbiran, ditutup kerana jalan menghubungi sekolah tersebut serta kawasan sekitar sekolah masih dilanda banjir,” katanya. – Bernama

The post Banjir: Tiga sekolah rendah di Sarawak ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8413602721938561006

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item