Bank Negara ajar cara kenali wang palsu

CHANGLUN, 30 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Bank Negara Malaysia (BNM) menganjurkan program Pendidikan Mata Wang di pasar malam Changlun bagi mengelakkan orang ramai khususnya peniaga daripada menjadi mangsa penipuan wang palsu.

Ketua BNM Pulau Pinang, Hasjun Hashim berkata mata wang ringgit mempunyai 10 ciri keselamatan yang boleh dikesan oleh orang awam, antaranya cetakan timbul, potret tanda bayang, tanda pandang telus pada angka 100 (bagi RM100), benang keselamatan kanta makro, petak kilat berwarna dan benang serat keselamatan.

BNM juga membangunkan aplikasi My Ringgit yang boleh dimuat turun menggunakan Google Playstore pada telefon pintar untuk membuat imbasan pada wang kertas, katanya kepada pemberita pada program itu.

Pada program itu, Hasjun turut mengedarkan pamplet “Kenali Mata Wang” kepada orang ramai dan peniaga di pasar malam itu untuk dijadikan sebagai rujukan.

Katanya sehingga kini 6 pasar malam di wilayah utara dikunjungi BNM iaitu 5 di Pulau Pinang dan 1 di Kedah bagi memberi kesedaran dan pendidikan asas kepada orang ramai khususnya peniaga untuk membezakan wang tulen dan wang palsu.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga dan Pasar Malam Daerah Kubang Pasu, Shaimi Ahmad berkata, program diadakan BNM itu dapat membantu para peniaga dan orang ramai daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab sehingga mereka menanggung kerugian.

“Penerangan dan demontrasi yang diberikan pihak BNM membolehkan kami (peniaga) lebih tahu untuk membezakan wang tulen dan wang palsu,” katanya.

Peniaga soto, Faiizah Ismail, 54, berkata, setakat ini beliau belum pernah menerima wang palsu daripada pelanggan.

“Program ini patut diadakan sekerap mungkin agar mereka yang tidak bertanggungjawab tahu tindakan mereka sedang diawasi dan seterusnya dapat mengelak kes-kes penipuan duit palsu terus berlaku,” katanya. -Bernama

The post Bank Negara ajar cara kenali wang palsu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian