Bayaran Haji kekal RM9,980 walaupun Arab Saudi laksana VAT


BANGI, 17 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Pelaksanaan Cukai Nilai Tambah (VAT) pada kadar lima peratus yang diperkenalkan oleh Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini tidak memberi impak secara langsung kepada Jemaah Haji Muassasah kali pertama.

Ini kerana, bayaran haji masih kekal sebanyak RM9,980.00, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah.

Beliau berkata, TH telah sedia maklum dan telah mengambil kira faktor cukai nilai tambah tersebut dalam pengiraan kos operasi musim haji 1439H/2018M.

Bagaimanapun, Johan berkata, keseluruhan subsidi haji yang akan ditanggung oleh TH dijangka meningkat kepada RM400 juta seperti yang telah diumumkan TH bulan lalu.

“Dalam mendokong aspirasi Kerajaan untuk menjaga kebajikan Jemaah Haji Malaysia agar dapat menunaikan ibadah haji dengan selesa, TH sejak tahun 2009, telah menanggung
lebih daripada RM1 billion subsidi haji,” katanya.

VAT diperkenalkan di Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) buat kali pertama pada bermula 1 Januari lalu, dengan lima peratus dikenakan terhadap kebanyakan barangan dan perkhidmatan.

The post Bayaran Haji kekal RM9,980 walaupun Arab Saudi laksana VAT appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian