Bekas penyampai berita RTM Salasiah Zakaria meninggal akibat kanser

KUALA LUMPUR, 12 Jamadilawal 1439H, Isnin – Bekas penyampai berita RTM Datin Salasiah Zakaria meninggal dunia akibat kanser semalam.

Allahyarham yang berusia 68 tahun meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira jam 11 pagi semalam selepas mengadu sesak nafas kelmarin, menurut anak sulungnya, Khasnooriman Khamis, 38.

Beliau berkata arwah menghidap kanser di kepala sejak tiga tahun lepas, namun selepas menjalani kemoterapi, kansernya sudah tiada. 

“Bagaimanapun pagi tadi kami dimaklumkan doktor sel kanser baharu menyerang bahagian hidung menyebabkan ibu sukar bernafas,” katanya kepada pemberita di sini.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas pada 6.10 petang semalam.

Selain Khasnooriman, Salasiah yang berkhidmat di RTM selama lebih 33 tahun meninggalkan suami, Datuk Khamis Idris, 69, dan seorang lagi anak, Ahmad Mohar, 35.

Sementara itu rakan Allahyarham, Farid Ismeth Emir, yang juga pembaca berita RTM berkata Allahyarham banyak membantunya dalam dunia penyiaran khususnya dalam aspek pemberitaan.

“Saya ini anak murid beliau (pelapis). Banyak pesanan asas penyampaian berita dikongsinya seperti jangan gementar apabila di depan kamera walaupun jutaan orang sedang menontonnya.

“Allahyarham juga sempat mengingatkan saya supaya jangan riak (sombong) apabila sudah dikenali ramai,” katanya kepada Bernama.

The post Bekas penyampai berita RTM Salasiah Zakaria meninggal akibat kanser appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian