Beli tanah RM155 juta: Peter Anthony beri keterangan di SPRM Sabah

KOTA KINABALU, 17 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di sini, hari ini berhubung kes pembelian tanah ladang kelapa sawit bernilai kira-kira RM155 juta di Daerah Tongod, Sabah.

Peter tiba di pejabat SPRM itu pada 10.25 pagi dengan ditemani peguamnya Martin Tommy.

Rabu lepas, SPRM mengeluarkan notis memberi tempoh 48 jam kepada Peter dan seorang peguam Michael Persius Ubu untuk menyerah diri di Pejabat SPRM Sabah bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Bagaimanapun, belum diketahui sama ada Michael tampil memberi keterangan atau tidak.

Sementara itu, beberapa pegawai SPRM membawa Peter ke rumahnya di Lintas di sini bagi mendapatkan dokumen berkaitan siasatan itu.

Peter dilihat beredar keluar dari pejabat SPRM dengan tangannya digari sambil diiringi beberapa pegawai agensi itu kira-kira 1.20
petang tadi.

Beliau kemudian dibawa masuk ke dalam kereta Perodua Alza yang menunggu di perkarangan bangunan SPRM untuk dibawa ke rumahnya. – Bernama

The post Beli tanah RM155 juta: Peter Anthony beri keterangan di SPRM Sabah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?