(BERGAMBAR) UMRAH BERSAMA ISMAWEB – PENGINAPAN

 

BERIKUT adalah senarai dua hotel penginapan yang kami tetapkan kepada peserta yang menyertai ‘Jom Buru Iman Dalam Program Umrah Ismaweb.Net’. Pendaftaran terus dengan Touch Me Travel & Tours Sdn Bhd.

MADINAH

Province Al Sham Hotel – 5 bintang terletak di pusat bandar Madinah.

Kedudukan hotel hanya dua minit berjalan kaki sehingga ke Pintu 17 Masjid Nabawi. Pintu Wanita 24 hanya kira-kira tiga minit dari hotel. Province Al Sham terletak di sebelah utara Masjid Nabawi.

Hotel ini menawarkan bilik moden dengan semuanya dilengkapi penghawa dingin, stesen televisyen satelit dan peti sejuk mini, selain kemudahan Wifi. Bilik bebas rokok turut disediakan.

Semua bilik menyediakan suasana santai dengan kertas dinding berwarna krem ​​dan cokelat, kedap bunyi, serta enam lif. Semua bilik dilengkapi sistem lintas langsung dari Makkah dan Madinah, ruang solat dan al-Quran.

Kemudahan di bilik antara lain ialah tab mandian, pengering rambut, jubah mandi, sandal serta peralatan mandian.

Selain itu, restoran di hotel ini juga menyajikan pelbagai masakan.

Lihat gambar di bawah:

MAKKAH

Anjum Hotel – 5 bintang dan 5 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram melalui terowong bawah tanah dari hotel.

Hotel ini menawarkan perkhidmatan bertaraf dunia, penginapan moden dengan pemandangan Masjidil Haram. Wifi disediakan secara percuma di seluruh hotel.

Setiap unit bilik dilengkapi dengan sebuah TV skrin rata, penyaman udara dan peti sejuk mini. Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran mandian, pengering rambut dan peralatan mandian percuma.

Tetamu boleh menikmati pilihan menu tempatan dan antarabangsa di restoran atau di dalam bilik. Perkhidmatan bilik disediakan 24 jam.

Anjum Hotel Makkah mempunyai kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam. Kemudahan-kemudahan lain yang ditawarkan di hotel ini termasuk meja tempahan pelancongan dan simpanan bagasi.

Lihat gambar di bawah:

The post (BERGAMBAR) UMRAH BERSAMA ISMAWEB – PENGINAPAN appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian