Bersatu harap isu pendaftaran dengan RoS selesai


SHAH ALAM, 18 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berharap Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) minggu lalu dapat menyelesaikan isu pelanggaran perlembagaan dan undang-undang dalam pengurusan dan pentadbiran parti.

Ketua Penerangannya, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata, kini terserah kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menentukan sama ada untuk mengiktiraf atau tidak mesyuarat berkenaan.

“Pada pandangan dan fahaman kita, kita telah menyempurnakan tuntutan di dalam perlembagaan dan juga apa yang diminta oleh RoS, jadi sekarang ini kita dah buat (AGM) jadi itu terserah kepada RoS untuk bagaimana ia ingin memutuskannya.

“Jadi bagi kita, dengan mengambil kira suasana yang ada dalam PPBM sekarang ini, ini yang kita kira paling dekat dengan kehendak perlembagaan dan juga dengan kehendak RoS,” katanya seperti dilapor Antarapos.

Selain itu, bagi isu Armada, Kamaruddin berkata, pihaknya akur dengan arahan RoS dan tidak lagi menggunakan gelaran itu untuk mewakili pemuda parti.

“Semuanya pemuda, apabila sahaja kita dapat larangan daripada RoS daripada menggunakan perkataan Armada jadi kita sudah tidak guna dan ikut arahan RoS jadi bila ia (RoS) kata tidak boleh, kita terima dan tidak menggunakan perkataan itu (Armada), dah lama juga kita tidak guna.

“Kita sudah akur (tidak menggunakan istilah Armada), oleh kerana RoS kata kita tidak boleh guna istilah Armada, jadi kita tidak guna dan kita hanya pakai Pemuda. Kita kira sudah sempurna dan sudah sah,” katanya.

The post Bersatu harap isu pendaftaran dengan RoS selesai appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?