Calon pilihan raya Presiden Mesir tarik diri diugut rejim

KAHERAH, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – Peguam Hak Asasi Manusia yang juga pemimpin pembangkang, Khaled Ali, menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden, pada Pilihan Raya Presiden Mesir 2018, yang dijadualkan Mac ini.

Penganjur kempennya berkata, Khaled yang menjadi orang pertama mengumumkan akan bertanding jawatan itu menentang Presiden Abdel Fattah Al-Sisi berkata, tidak akan mengemukakan kertas pencalonan.

Beliau yang pernah bertanding jawatan sama pada 2012 tetapi hanya memperoleh sedikit undi sahaja, dianggap individu terakhir yang berkalibar untuk bertanding menentang Al-Sisi.

Tidak pasti kenapa beliau berbuat demikian, tetapi laporan menyebut beliau kini berdepan satu kes di mahkamah yang boleh dipenjarakan selama tiga bulan jika sabit kesalahan, yang memungkinkan beliau tidak layak bertanding.

Khaled berusia 45 tahun menjadi terkenal apabila beliau memenangi kes menghalang Kerajaan Mesir daripada menyerahkan dua pulau di Laut Merah kepada Arab Saudi.

Selepas menang kes itu, Khaled dituduh di mahkamah menjadikan isu berkenaan sebagai batu loncatan dan bahan kempen untuk bertanding menentang Al-Sisi. Beliau merayu dan menafikan tuduhan itu. Keputusan kes itu dijangka dibuat sehari sebelum pengundian pada Mac ini.

 

 

Calon yang mencabar Al-Sisi sebelum ini mendakwa usaha dilakukan bagi membunuh kempen mereka sebelum dimulakan, dengan menggunakan media untuk menyerang dan ugutan terhadap penyokong.

Kelmarin, seorang calon pilihan raya itu, bekas Ketua Turus Staff Tentera Darat Mesir, Leftenan Jeneral Sami Hafez Anan, ditangkap selepas pihak tentera mendakwa beliau memalsukan dokumen rasmi yang menyatakan perkhidmatan ketenteraannya telah ditamatkan.

Seorang lagi calon pilihan raya Presiden, Ahmed Shafiq pula menarik diri awal bulan ini selepas beliau diberi amaran satu klip video seks akan didedahkan, selain tuduhan rasuah akan dikenakan jika beliau meneruskan hasratnya bertanding.

Al-Sisi bekas pegawai tentera yang menggulingkan Presiden Mesir yang dilantik secara demokrasi dan pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi, mengemukakan dokumen pencalonan bagi mempertahankan jawatannya, semalam.

Mana-mana calon yang mahu bertanding pada pilihan raya itu mempunyai masa sehingga 29 Januari ini untuk mendaftar, sebelum pengumuman akhir senarai calon dibuat pada 20 Februari dan pengundian bermula 26 hingga 28 Mac. – Agensi

The post Calon pilihan raya Presiden Mesir tarik diri diugut rejim appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian