ismakualaterengganu

China larang pelajar sekolah lawat masjid

BEIJING, 3 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Pihak berkuasa di barat laut China melarang pelajar sekolah melawat ke masjid ketika cuti musim sejuk...

BEIJING, 3 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Pihak berkuasa di barat laut China melarang pelajar sekolah melawat ke masjid ketika cuti musim sejuk, lapor akhbar Global Times.

Keputusan berkenaan adalah langkah kerajaan mengetatkan peraturan melibatkan kebebasan beragama di negara itu.

Akhbar itu berkata, notis larangan telah dihantar ke semua sekolah tinggi, rendah dan tadika di daerah Guanghe, wilayah Gansu.

“Sekolah perlu memastikan pelajar tidak memasuki tempat keagamaan untuk aktiviti tersebut, atau menghadiri sekolah agama ketika cuti musim sejuk.

“Sekolah di semua peringkat perlu mengukuhkan lagi kerja ideologi dan politik, sebagai usaha memaklumkannya kepada pelajar dan ibu bapa” lapor akhbar.

Notis itu disahkan jabatan publisiti tempatan daerah itu. Bagaimanapun, tidak dinyatakan lanjut sebab larangan dikuatkuasakan ketika cuti.

Menurut laman web kerajaan daerah, sekitar 98 peratus daripada 257,000 penduduk Guanghe adalah etnik minoriti, kebanyakannya merupakan penganut Islam Hui dan kumpulan Dongxiang.- Agensi

The post China larang pelajar sekolah lawat masjid appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 2950009136231655375

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item