Dadah dalam paket minuman guna logo halal palsu dirampas

KUANTAN, 28 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Sebanyak 200 paket serbuk minuman pelbagai perisa buah-buahan bertanda logo halal palsu, dipercayai mengandungi dadah dirampas di Taman Permata, Kuantan, kelmarin.

Paket minuman berkenaan mengandungi dadah jenis metamfetamin seberat 1,660.8 gram dirampas dalam serbuan dilakukan polis negeri, kira-kira jam 4.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Jamaludin Kudin berkata, pihaknya turut merampas 101.8 gram ketulan syabu dan 500 bijil pil Erimin 5 seberat 140.6 gram, masing-masing bernilai RM7,000 dan RM7,500.

Turut ditahan seorang lelaki berusia 38 tahun dipercayai memiliki 12 rekod jenayah berkaitan dadah, selain merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi bernilai RM40,000.

“Sebanyak 200 peket dadah bernilai RM50,000 tersebut dibungkus dalam peket serbuk minuman buah-buahan yang mempunyai logo halal bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan ia dijual kepada pengunjung kelab malam di daerah ini pada harga RM250 setiap satu.

“Siasatan awal juga mendapati hanya dadah metamfetamin yang diisi dalam peket tersebut tanpa sebarang campuran serbuk minuman perisa strawberi, anggur, nanas atau oren seperti tertera pada bungkusan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jamaludin berkata, suspek kini direman tujuh hari sehingga 19 Januari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

The post Dadah dalam paket minuman guna logo halal palsu dirampas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian