Dakwaan harga ikan di Sabah naik tidak benar

KOTA KINABALU, 11 Jamadilawal 1439H, Ahad – Dakwaan harga ikan di pasaran meningkat sehingga 50 peratus berikutan bekalan dan tangkapan yang berkurangan adalah tidak benar, kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sabah, Dr Ahemad Sade.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan, pihaknya mendapati bekalan ikan masih banyak dan harga masih terkawal.

“Sebagai contoh harga ikan di pasar pada semalam… ikan Tamban dijual RM6 sekilo danikan Tulai RM8 sekilo,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, dakwaan mengenai jumlah tangkapan yang dikatakan menurun sehingga 50 peratus juga dan berdasarkan data yang diperolehi, pendaratan ikan marin di Sabah adalah konsisten sejak tahun lepas.

“Pendaratan bagi tahun 2017 adalah sebanyak 161,424 tan metrik dengan nilai RM 938.3 juta dan ia menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2016, iaitu sebanyak 159,773 tan metrik dengan nilai RM 820.0 juta.

Sementara itu, Ahemad berkata, kerajaan menetapkan syarat yang cukup ketat ke atas permohonan lesen menangkap ikan laut dalam.

“Hanya warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah sahaja yang layak diberikan lesen menangkap ikan laut dalam di perairan negeri ini.

“Setiap vesel laut dalam diwajibkan memasang MTU (Mobile Transceiver Unit) dan plat penanda khas bagi memudahkan pemantauan serta pengesahan sama ada sesuatu vesel berkenaan adalah vesel asal atau diklon.

Sehubungan itu, Ahemad berkata, kerjasama yang sedia ada dengan agensi penguatkuasaan lain terutamanya dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan terus dimantapkan bagi menangani masalah vessel diklon.- Bernama

The post Dakwaan harga ikan di Sabah naik tidak benar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian