Darul Insyirah perlu dana RM4 juta bina kompleks warga emas


BANGI, 13 Jamadilawal 1439H, Selasa – Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah memerlukan kira-kira RM 4 juta lagi untuk melengkapkan projek pembangunan Kompleks Warga Emas yang bertempat di Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Pengasas dan Pengerusi Darul Insyirah, Asral Widad Ahmad Asnawi berkata, ketika ini pihaknya telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM 1 juta bagi membiayai pembinaan kompleks warga emas tersebut.

Kompleks yang dianggarkan menelan belanja keseluruhan sebanyak RM5 juta itu akan menempatkan bangunan pentadbiran Darul Insyirah, asrama penghuni dan ruang prasarana lain seperti surau, bilik seminar dan dewan besar.

Menjelaskan mengenai projek itu, beliau berkata, Darul Insyirah mengambil tanggungjawab dan peranan untuk memberikan pendidikan dan penjagaan yang terbaik kepada golongan warga emas bagi bersama mendokong kerajaan dan negara menuju Negara Tua menjelang 2030.

“Kita harus memartabatkan warga emas dengan menambah nilai mereka melalui ilmu, tanggungjawab dan kasih sayang.

“Blueprint atau halatuju warga emas yang proaktif, dinamik dan patuh syariah mesti disusun agar kita bersedia menghadapi Malaysia sebagai Negara Tua 2030.

“Kami yakin negara kita boleh menjadi sumber rujukan antarabangsa sepertimana Tabung Haji dan Bank Islam dalam hal berkaitan kewangan, tabungan dan perbankan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Golf Amal Darul Insyirah 2018 yang julung kalinya diadakan, di Danau Golf Club, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Ahad lalu.

Orang ramai yang berminat memberi sumbangan boleh berbuat demikian melalui tunai, atau cek berpalang atas nama Darul Insyirah (MAYBANK ISLAMIC 5628 3463 1731) atau terus menghubungi pejabat Darul Insyirah di talian 03-8920 9661.

The post Darul Insyirah perlu dana RM4 juta bina kompleks warga emas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian