Datuk Seri pula ditahan kes terowong dasar laut

BANGI, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengerusi syarikat perunding kejuruteraan bergelar Datuk Seri yang terbabit dalam kajian projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, hari ini.

Suspek berusia 62 tahun dipercayai terlibat dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama dan terowong dasar laut yang bernilai kira-kira RM305 juta kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Difahamkan, suspek ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, petang tadi.

Setakat ini, SPRM sudah menahan empat individu bagi membantu siasatan berhubung projek kontroversi tersebut,

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Pada 19 Januari lalu, dua pemimpin syarikat bergelar Datuk yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung projek berkenaan sudah dibebaskan.

The post Datuk Seri pula ditahan kes terowong dasar laut appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian