‘Dik, ayah dah buat yang terbaik untuk kita… biarlah ayah rehat’

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – “Dik, ayah dah buat yang terbaik untuk kita. Ayah meninggal dalam keadaan yang baik.. dia hantar Adam pergi sekolah. Dia hantar untuk Adam jadi orang pandai.

“Ibu yang buta ni pun ayah jaga ibu dengan baik sekali. Ayah tak pernah mengeluh jaga ibu. Adam jangan sedih. Adam boleh melihat, ibu yakin Adam boleh ganti ayah…. Adam boleh jaga ibu nanti. Biar ayah rehat. Ayah dah tunaikan tanggungjawab dia untuk jaga kita semua.

“Adam ada adik lagi….adik Adam baru 4 hari dilahirkan…itu anak ayah juga. Biar lah ayah rehat.” Tulis pengguna Facebook, Mohd Zulhairi Zainol, mendengar kata-kata si ibu yang cacat penglihatan kepada anaknya, ketika mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Demikian takdir menimpa seorang murid Darjah Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan 6, di sini selepas bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung, pada awal pagi Selasa lalu.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, bapa murid berkenaan yang berusia 37 tahun itu diserang sakit jantung ketika memandu selepas sempat menghantar anaknya ke sekolah.

“Apa yang buat saya sebak ialah ibunya baru lima hari berpantang dan baru sahaja suaminya hantar pulang ke kampung di Kelantan.

“Isteri beliau seorang yang kurang upaya penglihatan (buta) dan bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Anak ini sangat tabah. Mengalir air mata dan sangat sayu apabila melihat jenazah bapanya yang dia kasihi.

“Anak ini sangat disiplin dan ini diakui oleh guru sekolah dan pihak transit di sini. Jika ada yang ingin menyumbang, bolehlah dapatkan maklumat pelajar tersebut di SK Jalan Enam Bandar Baru Bangi,” tulis pengguna Facebook.

Posting berkenaan telah mendapat lebih 7,000 perkongsian oleh pengguna Facebook, yang rata-ratanya meluahkan rasa sedih dan simpati terhadap murid itu.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan kesulitan keluarga murid berkenaan boleh berbuat demikian menerusi akaun Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SK Jalan 6, Bandar Baru Bangi, 8002229004 (CIMB), atau terus ke akaun ibunya, Mas Suni Mat Husin, 7617029176 (CIMB).

The post ‘Dik, ayah dah buat yang terbaik untuk kita… biarlah ayah rehat’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian