ismakualaterengganu

Diskaun beli kereta: Jawapan Proton tipikal politik korporat

  Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, 2 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Penjelasan Proton Holdings Bhd berhubung isu pemberian diskaun is...

 

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 2 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Penjelasan Proton Holdings Bhd berhubung isu pemberian diskaun istimewa kepada ahli kesatuan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia, hanya sekadar jawapan tipikal ala politik daripada pihak korporat.

Membidas kenyataan pengeluar kereta nasional itu, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdul Rahman Mat Dali ketika dihubungi berkata, tawaran sedemikian tidak pernah didengari ketika tampuk pentadbiran yang lama.

“Saya tidak pernah mendengar ada tawaran begitu di bawah pemegang kepentingan lama. Kenapa tak sebut beri diskaun kepada guru-guru sekolah, tentera, polis, bomba yang telah berjasa kepada rakyat dan negara. Apatah lagi gaji tentera, polis, bomba bukannya besar.

“Kenapa perlu Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong secara khusus dan terang-terangan menyebut menawarkan diskaun untuk etnik Hokkien dari Fujian,” soalnya.

Terdahulu, dalam satu laporan akhbar berbahasa Cina, Chunrong dalam satu majlis makan malam bersama persatuan itu
menyebut Proton akan menawarkan diskaun antara lima dan 10 peratus bagi semua model keretanya kepada ahli kesatuan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia.

Bahkan,tawaran itu sah dari 12 Januari ke 31 Mac sempena Tahun Baharu Cina.

Bagaiamanapun, Proton dalam maklumbalasnya semalam berkata, tawaran istimewa yang diberikan kepada Persekutuan Hokkien merupakan sebahagian daripada pelan korporat istimewa kepada pelanggan bagi jualan berbentuk fleet.

Katanya, ia adalah amalan perniagaan biasa dalam industri automotif untuk menawarkan diskaun jualan korporat berdasarkan pembelian secara pukal dan jualan fleet.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman menggesa Proton untuk membuktikan apa yang dinyatakan.

“Sekarang saya syorkan Proton tawar kepada kumpulan-kumpulan yang telah banyak berkhidmat untuk negara ini. Bukankah ini lebih wajar,” tegasnya.

The post Diskaun beli kereta: Jawapan Proton tipikal politik korporat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8154169635533412853

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item