ismakualaterengganu

Doktor temui ajal selepas kerja 18 jam

BEIJING, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Akibat bekerja tanpa henti selama 18 jam berturut-turut, seorang doktor di China dilaporkan mening...


BEIJING, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Akibat bekerja tanpa henti selama 18 jam berturut-turut, seorang doktor di China dilaporkan meninggal dunia pada usia 43 tahun.

Menurut laporan agensi berita The Independent, Dr Zhao Bianxiang yang bertugas di Jabatan Penjagaan Pernafasan di Hospital Daerah Yuci di Jinzhong, ditemui tidak sedarkan diri selepas pengsan di wad pesakitnya.

Bianxiang kemudian disahkan meninggal dunia keesokan paginya selepas rakan setugasnya gagal menyelamatkannya.

Rakanya memberitahu Shanxi Evening News, syif Zhao bermula jam 6 malam pada hari sebelumnya dan dia tidak berhenti untuk berehat.

Dia telah mengaku kepada rakan sekerja yang dia “terlalu sibuk” untuk berehat.

“Pada musim sejuk, bahagian kanak-kanak dan pernafasan yang paling kerap mendapat pesakit, dan masa doktor sering dipenuhi dengan jadual kerja mereka,” kata rakan sekerja. – Agensi

The post Doktor temui ajal selepas kerja 18 jam appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 7788316974423207233

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item