Dong Zong mahu lagi 34 sekolah rendah Cina dibina


BANGI, 6 Jamadilawal 1439H, Selasa
Pertubuhan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) mahu kerajaan membina lagi 34 sekolah rendah Cina bagi memenuhi permintaan masyarakat bangsa itu.

Presidennya, Datuk Vincent Lau seperti dilapor akhbar berbahasa Cina, Oriental Day berkata, jumlah sekolah rendah Cina sekarang masih belum mencukupi meskipun setelah kerajaan meluluskan 10 sekolah rendah Cina baharu dan pemindahan enam sekolah rendah Cina.

Katanya, masih terdapat banyak kawasan yang tidak mempunyai sekolah rendah Cina.

Malah, beliau berkata, daripada 10 sekolah yang diluluskan kerajaan, lima masing-masing terletak di Selangor dan Johor; manakala enam sekolah yang terlibat dalam pemindahan adalah di Johor (2), Selangor (2), Negeri Sembilan (1) dan Kuantan (1) bukanlah kawasan yang memerlukan sekolah Cina.

“Apa yang pihak kami dapati ialah kebanyakan sekolah baharu yang dibina adalah terletak di kawasan pembangunan baharu.

“Dong Zong berharap kerajaan dapat membina sekolah rendah Cina di kawasan yang padat dengan penduduk serta membina sekolah baharu berhampiran dengan sekolah yang menghadapi masalah kepadatan murid,” katanya.

The post Dong Zong mahu lagi 34 sekolah rendah Cina dibina appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian