Dong Zong terlebih cauvinis perjudi isu pendidikan menjelang PRU

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) sejak dahulu sering memperjudi bidang pendidikan setiap kali menjelang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) bagi tujuan meraih perhatian kerajaan.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa berkata, tindakan Dong Zong yang menggunakan isu pendidikan Cina sebagai modal politik adalah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.

Walhal, katanya, banyak lagi waktu lain ruang  di luar musim pilihan raya, tetapi persatuan itu sengaja melakukan ‘barter trade’ dengan kerajaan bagi kepentingan peribadi mereka.

Semalam, Dong Zong dilaporkan meminta kerajaan membina lagi 34 sekolah rendah Cina bagi memenuhi permintaan masyarakat bangsa itu.

Presidennya, Datuk Vincent Lau berkata, sekolah rendah Cina sekarang masih belum mencukupi meskipun kerajaan sudah meluluskan 10 sekolah rendah Cina baharu dan pemindahan enam sekolah rendah Cina.

Bidas Zambri, tindakan Dong Zong seolah-olah menangguk di air keruh kerana ia hanya disuarakan tatkala PRU-14 semakin hampir sedangkan tidak ada keperluan untuk kerajaan berbuat demikian.

“Masih banyak SJKC seluruh negara yang mengalami masalah kekurangan murid, selain bilangan sekolah kebangsaan yang mencukupi untuk menampung keperluan pendidikan rendah di kawasan yang tidak mempunyai SJKC.

“GPMS berpendapat tidak perlu sama sekali untuk kerajaan menambah SJKC baru semata-mata untuk kepuasan peribadi golongan cauvinis Cina seperti Dong Zong,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tidak hanya itu, beliau berkata, Dong Zong juga sering dilihat berniat jahat dengan menggunakan isu pendidikan Cina bagi mengugut kerajaan dengan menjadikan undi kaum Cina sebagai ‘umpan’ pilihan raya.

“Sikap mereka ini jelas sekali amat biadap dan tidak beretika, memperkudakan pendidikan sebagai umpan politik setiap kali menjelang PRU atau Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Atas dasar sikap tidak beretika golongan cauvinis ini juga, GPMS dalam Perhimpunan Agung Tahunan kami akhir tahun lalu, telah mencadangkan penubuhan ‘Suruhanjaya Pendidikan Negara’ kepada pihak kerajaan.

“Tujuannya untuk memandu sistem pendidikan di negara agar tidak dijadikan modal politik dan diperkudakan untuk kepentingan peribadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

The post Dong Zong terlebih cauvinis perjudi isu pendidikan menjelang PRU appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian