ismakualaterengganu

Dr Kamarul Zaman Yusoff tempelak Mufti Perlis

BANGI, 11 Jamadilawal 1439H, Ahad – Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff...

BANGI, 11 Jamadilawal 1439H, Ahad – Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menempelak Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berhubung kenyataannya mengenai ‘pencuri RM5 bilion’.

“Seperti sedia dimaklumi, fungsi Mufti Perlis yang termaktub di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis 2006 hanyalah “membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak…” sahaja,” katanya menulis dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Tetapi, beliau berkata, Mufti Perlis yang lebih dikenali sebagai Dr Maza sangat suka melampaui bidang tugas dengan selalu membiacarakan persoalan politik negara, termasuk menyindir pemimpin politik.

Terbaharu, katanya, Dr Maza dirakamkan dalam laman Facebook Promedia Tajdid hari ini membicarakan mengenai orang yang mencuri RM5 bilion dan orang lain yang ‘mencium tangan orang yang mencuri RM5 bilion itu’.

Dr Kamarul Zaman berkata, walaupun jumlah ‘RM5 bilion’ itu hanyalah satu contoh, dan tidak disebutkan dengan jelas siapa orang yang mencuri serta siapa pula yang mencium tangan pencuri itu, senario semasa membuatkan sindiran ini mudah difahami.

“Tidak dinafikan bahawa sindiran ini dibuat di dalam konteks untuk menjelaskan betapa pemilihan pemimpin sepatutnya dibuat di atas isu yang membabitkan kepentingan awam (public interest) dan bukannya isu yang membabitkan dosa peribadi (private sin) pemimpin.

“Begitupun, pada hemat saya, sindiran yang dibuat oleh Dr MAZA ini sangat tidak wajar dan boleh mendatangkan fitnah sedangkan beliau sendiri pada ketika yang lain sangat tegar menegaskan supaya masyarakat tidak terbabit dengan penyebaran berita bersifat fitnah.

“Apatah lagi bila pendapat Dr MAZA bahawa soal dosa peribadi (private sin) pemimpin tidak wajar didedahkan dan tidak wajar dijadikan pertimbangan dalam soal pemilihan pemimpin itu sendiri sudah berkali-kali dipertikaikan kerana kepentingan jawatan pemimpin ini,” katanya.

The post Dr Kamarul Zaman Yusoff tempelak Mufti Perlis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1693079503476118868

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item