Dua remaja maut dirempuh bukan menunggang basikal lajak

BANGI, 23 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Polis menegaskan empat remaja berbasikal yang dirempuh sehingga menyebabkan dua maut di Kilometer 1.3 Jalan Sawah Ulu Pulai, Pekan Nenas di Pontian semalam, bukan menjalankan kegiatan berbahaya basikal lajak.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superitendan Zakaria Abd Rahman berkata, kumpulan remaja berkenaan hanya menggunakan basikal tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Mereka hanya menunggang basikal yang tidak mengikut spesifikasi untuk pulang dari latihan kompang di kampung.

“Tiada sebarang kegiatan basikal lajak dilakukan kumpulan remaja ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.

Dalam kejadian jam 11 malam semalam, dua remaja berusia 13 dan 16 tahun maut dirempuh Toyota Altis yang dipandu lelaki berusia 38 tahun.

Kejadian itu juga menyebabkan seorang lagi rakan mangsa berusia 15 tahun cedera apabila mengalami patah bahu dan luka kecil.

Berikutan itu, Zakaria berkata, pihaknya menahan reman pemandu Toyota Altis terbabit bagi menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian.

“Polis berjaya mendapatkan perintah reman daripada mahkamah hari ini dan suspek akan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini,” katanya.

The post Dua remaja maut dirempuh bukan menunggang basikal lajak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian