Dua remaja maut ketika menunggang ‘basikal lajak’

PONTIAN, 23 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Malang tidak berbau apabila dua remaja maut, manakala seorang lagi tercedera ketika menunggang ‘basikal lajak’ di Jalan Kampung Maju Jaya, Pekan Nanas di sini, malam tadi.

Mereka dilaporkan dirempuh sebuah kereta Toyota Altis pada jam 11 malam.

Bagaimanapun, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan, lapor BH Online.

Salah seorang saksi, Fazli Hashim, berkata, pada mulanya beliau melihat tiga remaja tersebut bermain basikal.

“Tiba-tiba saya dengar bunyi dentuman dan apabila menoleh, saya nampak sebuah basikal melambung tinggi.

“Saya berlari ke tempat kejadian dan awalnya nampak seorang remaja berdiri dan tidak cedera. Seorang penduduk menyuluh lampu ke parit berhampiran lalu ternampak seorang daripada mereka tertiarap dengan kepala berdarah.

“Seorang lagi remaja ditemui dalam parit agak jauh (tercampak) dari lokasi kejadian. Penduduk segera menghubungi pihak polis bagi melaporkan kejadian,” katanya.

Fazli berkata, kumpulan remaja terbabit dikatakan baru pulang daripada perjumpaan kumpulan kompang di sebuah rumah tidak jauh dari lokasi kejadian.

Mangsa dikenal pasti sebagai Ibnu Ahmad Ahmad Nais, 16, bersama seorang lagi rakan yang belum disahkan identitinya.

Pada 18 Februari tahun lalu, lapan remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun maut, manakala lapan lagi cedera termasuk dua kritikal selepas dirempuh sebuah kereta ketika menunggang basikal secara berkumpulan di Jalan Lingkaran Dalam di sini.

The post Dua remaja maut ketika menunggang ‘basikal lajak’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?