Ekstremis Kristian hina al-Quran, Rasulullah terlalu jahat

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 6 Jamadilawal 1439H, Selasa – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) melahirkan kebimbangan dengan tindakan anti-Islam yang makin kurang ajar menghina agama secara lantang di media sosial.

Ketua Biro Islamiyatnya, Ustaz Omar Kassim berkata, ia berlaku berkemungkinan disebabkan tiada tindakan dan penguatkuasaan yang tegas, meskipun berulang kali gesaan dibuat.

Katanya, rata-rata individu biadap ini secara lantang dan terbuka menghina dan mempersoal apa saja berkaitan Islam termasuk al-Quran.

Mengulas mengenai kenyataan Ekstremis Kristian, Clement Chin yang menuduh al-Quran sebagai sebuah kitab cetak rompak, katanya dakwaan itu terlalu berniat jahat.

“Siapa dia untuk bercakap mengenai al-Quran yang merupakan kitab suci umat Islam? Sudah terang lagi bersuluh apa yang dilontarkan terlalu celupar.

“Pihak polis tidak boleh lagi mendiamkan diri. Lelaki ekstremis ini perlu di tangkap serta-merta. Seluruh umat Islam mesti merasa terhina dan marah dengan kenyataan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam Ismaweb.net menerusi laporan portal Menara.my mendedahkan kenyataan penghinaan pemimpin Bersih itu antaranya mendakwa 70 peratus isi kandungan al-Quran adalah dicedok daripada cerita-cerita lama sebelum kewujudan Islam.

“Tahukah kamu bahawa terdapat sekurang-kurangnya 26 versi teks al-Quran? Mengapa kamu membaca kitab cetak rompak? Kandungan al-Quran adalah 70 peratus cerita-cerita yang wujud sebelum Islam yang ditiru,” tulis ekstremis itu yang dirangkaikan kepada seorang pengguna lain bernama Abdul Basit Abdul Azeez.

Clement juga menuduh Nabi Muhammad sebagai sesat kerana menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan, yang disifatkannya sebagai berasal daripada sembahan masyarakat pagan Makkah.

Bukan itu sahaja, dia turut menuduh umat Islam sedang memuliakan syiar Dewa Bulan Hubal.

Ekstremis Kristian itu berkata, apa yang dilakukan umat Islam adalah tanda betapa makbulnya doa pagan Abu Sufyan ketika perang Badar sewaktu menentang umat Islam.

Pemimpin Bersih kata al-Quran kitab cetak rompak, Rasulullah sesat, lapor portal

The post Ekstremis Kristian hina al-Quran, Rasulullah terlalu jahat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian