Langkau ke kandungan utama

Empat remaja tunggang basikal lajak ditahan

KUALA LUMPUR, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Empat remaja lelaki ditahan kerana dipercayai mengubah suai basikal dan menunggang secara berbahaya di kawasan perumahan Persiaran Meranti Sri Damansara 13, berhampiran Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata kesemua mereka yang berumur antara 14 dan 15 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dalam operasi hasil maklumat awam pada 3 petang.

“Susulan itu, polis mengeluarkan saman mengikut Peraturan 42 (1) (a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 kerana mengubah suai basikal yang tidak memiliki brek dan loceng,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Polis turut merampas kesemua basikal lajak yang digunakan dan merakam percakapan remaja terlibat serta penjaga masing-masing, katanya. – Bernama

The post Empat remaja tunggang basikal lajak ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian