Empat warga Singapura maut nahas

PORT DICKSON, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Empat warga Singapura maut, manakala lima lagi cedera dalam nahas membabitkan lima kenderaan di simpang tiga Jalan Lukut-Sepang dekat sini, petang tadi.

Mangsa yang terbunuh dalam nahas yang turut membabitkan lori tanah jam 2.30 petang tadi adalah penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream, manakala pemandunya cedera.

Mereka yang maut adalah pasangan suami isteri, Rosli Samad, 54, dan Maimunah Sapari, 51, serta dua anak mereka Dayana, 19, dan Nor Amalina, 21.

Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila lori yang dipandu dari arah Sepang dipercayai melanggar sebuah motosikal sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh tiga lagi kenderaan lain iaitu Honda Stream, Perodua Myvi dan Mercedes.

Honda Stream itu turut diseret menyebabkan empat mangsa yang berada di dalam kenderaan itu maut di tempat kejadian, kata Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad.

“Nahas mengakibatkan lima cedera membabitkan tiga pemandu kenderaan di laluan bertentangan, seorang penunggang motosikal dan pemandu lori itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semua mayat dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu lori berusia 54 tahun sudah menyerah diri kira-kira jam 5.30 petang tadi di Balai Polis Trafik, Port Dickson dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi mendapatkan perintah tahanan reman, esok.

The post Empat warga Singapura maut nahas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian