Enam maut, 16 cedera dalam serangan pengebom bunuh diri

QUETTA (Pakistan), 22 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, termasuk empat pegawai polis, selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan sebuah bas pasukan keselamatan di Quetta, barat daya Pakistan.

Serangan itu, yang mana kumpulan Tehreek-e-Taliban (juga dikenali sebagai Taliban Pakistan) mengaku bertanggungjawab melakukannya berlaku di Jalan Zarghoon, sebuah jalan yang sibuk di zon keselamatan utama kira-kira 300 meter dari wilayah Balochistan.

Pegawai kanan hospital, Shahjehan Panezai, mengesahkan angka kematian itu dan memberitahu sekurang-kurangnya 16 orang turut tercedera dalam letupan itu.

Sumber-sumber keselamatan berkata, penyerang yang pada awalnya berjalan kaki, bergerak ke arah orang ramai, tetapi dia meletupkan bahan peledaknya berdekatan bas itu selepas jalan disekat bagi memberi laluan kepada satu perhimpunan di kawasan berkenaan.

Quetta menghadapi beberapa siri keganasan baru-baru ini. Bandar ini telah diserang kedua-dua kumpulan bersenjata yang bersekutu dengan pejuang Tehreek-e-Taliban.

Bulan lalu, sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan 12 cedera dalam serangan bunuh diri di sebuah gereja di Quetta. Serangan itu menyasarkan Gereja Methodist Memorial Bethel ketika jemaah berkumpul pada tengah hari Ahad.

Pada November lalu, seorang pegawai kanan polis juga terbunuh dalam serangan serupa, manakala pada Oktober sekurang-kurangnya tujuh pegawai polis terbunuh dalam satu lagi pengeboman jalan raya. – Agensi

The post Enam maut, 16 cedera dalam serangan pengebom bunuh diri appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian