ismakualaterengganu

Farid Kamil diperkenan pulang gelaran Datuk

BANGI, 30 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sedia menerima sekiranya pelakon, Datuk Farid...

BANGI, 30 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sedia menerima sekiranya pelakon, Datuk Farid Kamil Zahari mahu memulangkan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), yang dianugerahkan kepadanya pada Disember, tahun lalu.

Titah baginda, tindakan pelakon berkenaan sehingga didakwa di mahkamah amat mendukacitakan.

“Semua individu yang mendapat gelaran Datuk telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk layak memakai gelaran itu.

“Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua anugerah kebesaran negeri. Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini.

“Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik,” titah baginda seperti dilapor Kosmo.

Selasa lalu, pelakon filem Tombiruo itu didakwa di Mahkamah Majistret atas empat pertuduhan termasuk sengaja mendatangkan kecederaan ke atas seorang anggota polis dan orang awam.

Beliau dituduh mendatangkan kecede­raan yang disiasat mengikut Sek­syen 323 Kanun Keseksaan, menampar polis disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, penggunaan dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mengganggu tugas penjawat awam disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan Farid diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 5 Mac ini untuk sebutan semula kes.

The post Farid Kamil diperkenan pulang gelaran Datuk appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 498217098546978681

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item