Fenomena Gerhana Bulan Separa petang ini

BANGI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Fenomena Gerhana Bulan Separa akan berlaku pada hari ini bermula jam 6.51 petang hingga 12.08 tengah malam (1 Februari). 

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dlaam satu kenyataan berkata, bagi kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya gerhana dijangka mula kelihatan pada jam 7.20 malam (bulan terbit) dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa selama 4 jam 48 minit.

Manakala, bagi kawasan sekitar Labuan pula, gerhana mula kelihatan bermula jam 6.50 malam dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa selama 5 jam 28 minit.

Justeru, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersama menjayakan program di Planetarium Negara dan Masjid Putra

“Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyarankan kepada seluruh umat Islam menjalankan Solat Sunat Gerhana (Khusuf)di surau-surau atau masjid-masjid sekitar.

“Solat Sunat Khusuf akan dilaksanakan bermula jam 8.39 malam ini (selepas solat Isyak).

“Manakala Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan akan mengadakan cerapan gerhana di Pantai Kg Tanjung Aru manakala Solat Sunat Khusuf di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Labuan,” katanya.

Gerhana Bulan Separa berlaku apabila sebahagian daripada cahaya matahari yang jatuh pada permukaan Bulan, telah terlindung oleh jasad Bumi.

Secara amnya, ketika gerhana ini berlaku, Bumi akan berada di antara Matahari dan Bulan.

Walaupun ia nampak seperti sebaris, tetapi jika dilihat dari satah ‘tepi’, Bulan berada sedikit ke atas daripada garisan Matahari dan Bumi.

Ini akan menyebabkan ia tidak akan dilindungi sepenuhnya oleh bayang-bayang Bumi.

The post Fenomena Gerhana Bulan Separa petang ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian