Gabungan PH lemah jika tak guna satu logo hadapi PRU14

BANGI, 2 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kelewatan meluluskan atau tidak meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan (PH) dengan logo dan simbol sendiri akan melemahkan gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menulis dalam blog beliau semalam, Pengerusi PH itu berkata, tanpa kelulusan secara rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS), gabungan empat parti itu tidak dapat bertanding dalam PRU14 sebagai sebuah gabungan dengan logo dan simbol yang sama.

Katanya, jika pendaftaran pakatan tidak mendapat kelulusan, terutama bagi simbolnya, maka gabungan empat parti itu terpaksa menggunakan simbol masing-masing dan ini akan mengelirukan pengundi.

Beliau berkata, pakatan telah memohon kepada ROS untuk didaftar dan logo serta simbolnya dilulus, tetapi sehingga kini PH belum didaftar walaupun berkali-kali gabungan itu cuba mendapat keputusan ROS.

“Pendaftar tidak pun jawab surat kami bahkan tidak menyatakan surat permohonan dan surat pertanyaan kami diterima atau tidak. Perjumpaan dengan pendaftar dua kali tidak menghasilkan penjelasan rasmi. Kononnya ada masalah dengan DAP dan Parti Pribumi.

“Kenyataan juga dibuat oleh Pendaftar kepada orang ramai, tetapi tidak ada surat rasmi menjelaskan apa dianya masalah. Jawapan tertulis tidak pernah diterima dari Pendaftar. Hakikatnya ialah hingga sekarang selepas 7 bulan permohonan dibuat Pakatan Harapan tidak tahu apa kedudukannya,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, PH memerlukan masa yang panjang untuk memperkenal simbol dan gabungan parti itu kepada orang ramai.

“Jika kelulusan diberi setelah Parlimen dibubar, tidak ada masa bagi kami membuat persiapan. Tidak melulus atau kelulusan lewat yang melemah kami akan menguntungkan BN dan UMNO. Ada unsur mala fide, niat tidak baik dalam tindakan Pendaftar tidak jawab permohonan kami.

“Sesungguhnyalah sudah tidak ada pentadbiran mengikut undang-undang (the Rule of Law) di Malaysia yang dikuasai oleh Najib. Rakyat perlu ambil perhatian terhadap tindakan Najib untuk menafikan hak rakyat memilih Kerajaan dalam pilihan raya mengikut Perlembagaan Negara,” katanya.

The post Gabungan PH lemah jika tak guna satu logo hadapi PRU14 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian