ismakualaterengganu

Gambar Najib jumpa Agong bukan untuk pembubaran Parlimen

BANGI, 29 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Sekeping gambar tular memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama beberapa pimpinan tert...

BANGI, 29 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Sekeping gambar tular memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama beberapa pimpinan tertinggi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, bukan bertujuan untuk pembubaran Parlimen.

Sebaliknya, foto yang tular di laman sosial dan aplikasi Whatsapp sejak kebelakangan ini adalah gambar lama yang diambil bersempena Istiadat Pembukaan Parlimen pada Mac tahun lalu.

Perkara itu diperjelaskan dan disahkan Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed.

“Saya mengesahkan gambar itu diambil sempena Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Majlis Persidangan Parlimen Ketiga Belas pada 6 mac 2017, bukan gambar baharu dan bukannya gambar menghadap Yang Dipertuan Agong untuk pembubaran Parlimen,” katanya seperti dilapor Sinar Online.

Gambar berkenaan tular dengan mengaitkan Najib menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk tujuan pembubaran Parlimen beserta beberapa info lain berhubung Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ia kononnya mendakwa bahawa Parlimen akan bubar pada 22 Februari ini, selain menyatakan tarikh penamaan calon pada 13 Mac, serta pengundian awal (undi pos) pada 22 Mac, termasuk pengundian umum 24 dan 25 Mac depan.

Mengulas perkara itu, Tengku Nasaruddin berkata, kemungkinan gambar berkenaan diambil daripada media sosial rasmi Parlimen.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa orang ramai menghentikan penularan tarikh pembubaran Parlimen dan hari mengundi tersebut.

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, tarikh pilihan raya hanya akan diketahui sebaik parlimen dibubarkan, iaitu dalam tempoh 60 hari selepas itu seperti yang dinyatakan mengikut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan.

The post Gambar Najib jumpa Agong bukan untuk pembubaran Parlimen appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 635218151900297566

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item