Gangguan bekalan air di Gombak, Hulu Selangor

KUALA LUMPUR, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Beberapa kawasan di Gombak dan Hulu Selangor dijadual mengalami gangguan bekalan air sementara mulai Rabu hingga Jumaat ini, berikutan kerja-kerja pemasangan perkakasan sistem agihan air.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam kenyataan hari ini, menyatakan kawasan terlibat ialah Taman Ehsan, Taman Desa Jaya dan Kampung Kepong Ulu di Gombak; sebahagian Fasa 3, keseluruhan Fasa 4, 5,7, 8 dan 9 di Taman Sri Gombak serta Kampung Melayu Sri Gombak.

Kawasan lain yang terjejas ialah New Green Park, Taman Rawang Jaya, Kampung Lim Tan, keseluruhan Bukit Rawang Putra dan pekan Rawang di Hulu Selangor.

“Pelanggan dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja penambahbaikan berkenaan dilakukan pada tarikh tersebut.

“Segala usaha akan diambil bagi menyiapkan kerja-kerja tersebut secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan-kawasan terlibat,” menurut Syabas.

Pengguna boleh merujuk ke laman web www.syabas.com.my atau melalui aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air itu. – Bernama

The post Gangguan bekalan air di Gombak, Hulu Selangor appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian