Gaza dapat bekalan elektrik enam jam sehari

GAZA, 21 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Lebih dua juta penduduk Palestin di Semenanjung Gaza akan menerima bekalan elektrik enam jam sehari, bermula hari ini.

Jika sebelum ini, mereka hanya menerima kurang empat jam bekalan elektrik setiap hari, separuh bekalan dipotong sekaligus menyebabkan penduduk Gaza bergelap setiap malam.

Ia disebabkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menarik balik jaminan untuk membayar elektrik kepada Israel pada April tahun lalu.

Bagaimanapun Israel akan mengembalikan bekalan elektrik penuh ke Semenanjung Gaza yang dikuasai Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) hari ini, selepas Palestin bersetuju untuk menyambung bayaran.


Menteri Tenaga Israel, Yuval Steinitz berkata, beliau sudah mengarahkan pencawang yang mampu menghantar sehingga 120 megawatt bekalan tenaga untuk operasi penuh sehingga hari ini.

Inisiatif itu akan mengembalikan tambahan 50 megawatt tenaga elektrik ke Gaza.

Pakar ekonomi Gaza berkata, pengembalian tenaga dari Israel yang menjadi pembekal utama elektrik wilayah itu akan meningkatkan penghantaran tenaga elektrik sehingga enam jam.

Difahamkan, stesen janakuasa tunggal Gaza hanya menjana sejumlah kecil tenaga elektrik. – Agensi

The post Gaza dapat bekalan elektrik enam jam sehari appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian