ismakualaterengganu

Gaza tenat, bakal diisytihar zon bencana

KUALA LUMPUR, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Ibarat pepatah Melayu ‘jika tiada angin, masakan pohon bergoyang’, begitulah keadaannya di Gaza, ...

KUALA LUMPUR, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Ibarat pepatah Melayu ‘jika tiada angin, masakan pohon bergoyang’, begitulah keadaannya di Gaza, Palestin yang hanya akan mendapat perhatian dunia apabila ia diserang oleh tentera Israel.

Naib Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Abdul Aziz Abu Bakar berkata, keadaan di Gaza semakin kritikal selepas peperangan Israel-Gaza pada tahun 2014, yang juga dikenali sebagai ‘Operation Protective Edge’.

Katanya, selepas tamatnya peperangan tersebut, Gaza terus ‘tertinggal’ daripada menjadi permasalahan utama umat Islam dengan berlakunya konflik di Syria dan krisis kemanusiaan masyarakat muslim Rohingya.

“Program yang diadakan hari ini bertujuan menggambarkan keadaan terkini di Gaza yang sangat kritikal, di mana 65 peratus daripada hampir dua juta penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan.

“Gaji para pekerja tidak mampu dibayar, 70 peratus pelajarnya tidak mampu membayar yuran pengajian dan jika mereka berjaya menamatkan pengajian sekalipun, tiada peluang pekerjaan yang ada dengan keadaan Gaza dikepung dari segenap sudut,” katanya kepada wartawan selepas tamat program ‘Status of Gaza: Current and Urgent Needs’ di sini, semalam.

Menurut Abdul Aziz, program anjuran MAPIM itu bertujuan mengingatkan kembali perlunya masyarakat antarabangsa untuk melihat semula apa yang sedang berlaku di Gaza sekarang.

“Masyarakat di Gaza tidak ada bahan bakar dan tidak ada bekalan elektrik yang mencukupi untuk menghadapi musim sejuk. Bekalan air dicatu dengan bekalan hanya disalurkan antara tiga hingga lima jam sehari, tidak ada makanan, tidak ada pekerjaan dan bekalan ubat-ubatan yang semakin berkurangan.

“Adalah tidak adil untuk membiarkan Gaza berada dalam keadaan sebegini. Jadi saya menyeru kepada semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia dan pihak kerajaan untuk bersama-sama melihat semula keadaan di Gaza dan membantu mereka di sana,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras MAPIM di Gaza, Mohammad Hasna berkata, berikutan keadaan di Gaza yang semakin kritikal, dengan 43 peratus (223) daripada 516 ubat-ubatan asas telah kehabisan stok, Majlis NGO Islam di Gaza akan mengisytiharkan Gaza sebagai zon bencana pada Khamis ini (25 Jan).

Oleh itu, beliau berharap agar bantuan yang akan disalurkan ke Gaza lebih inovatif dan kreatif, agar bantuan-bantuan yang diterima boleh bertahan lama selain dapat memupuk kegiatan ekonomi penduduk Gaza.

Antara bantuan yang dicadangkan beliau ialah pemberdayaan ekonomi keluarga, tajaan pembedahan perubatan untuk golongan miskin, menyediakan ubat-ubatan untuk hospital, tajaan yuran pengajian pelajar universiti, dan membaik pulih rumah-rumah penduduk yang miskin. – Bernama

The post Gaza tenat, bakal diisytihar zon bencana appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 3549266682387524353

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item