ismakualaterengganu

Hakim perlu diberi taklimat mengenai Islam sebelum kendali kes

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, 13 Jamadilawal 1439H, Selasa – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mengesyorkan supaya hakim atau...

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 13 Jamadilawal 1439H, Selasa – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mengesyorkan supaya hakim ataupun majistret yang tidak mendalami ilmu agama Islam, diberi taklimat terlebih dahulu oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) sebelum mengendalikan kes.

Ianya perlu dalam kes yang dibicarakan di mahkamah sivil membabitkan kes antara agama, bagi mengelakkan keputusan yang mengancam kesucian agama serta perpaduan negara, kata Naib Presidennya, Hassan Basri Muhammad.

Cadangan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam, yang memutuskan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibunya, M Indira Gandhi.

Meskipun menghormati keputusan itu, Hassan bagaimanapun menegaskan, sebarang kehendak dan penafsiran Perlembagaan dalam membuat keputusan juga sewajarnya berpaksikan kepada semangat Islam sebagai agama persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Malaysia.

“Sebaliknya mahkamah hanya bersandarkan pentafsiran akal pada perkataan majmuk ‘parents’ (ibu bapa).

“Sedangkan kesepakatan ulama empat mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah jelas memutakmadkan bahawa agama anak bawah umur adalah di bawah dan dinasabkan kepada bapanya,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, keputusan ini juga sudah tentu akan melebarkan lagi dan menyerap fahaman liberalisme, dan semestinya menjadi rujukan serius pada kes-kes yang sama di masa akan datang.

“Hal ini tidak mustahil boleh membawa kepada masalah jenayah sampingan seperti sentimen provokasi agama, penculikan, melarikan anak dan seumpamanya.

“Tambahan pula Perkasa sudah melihat bibit-bibit awal provokasi atas sentimen agama apabila M Kulasagaran, yang juga peguam kepada M Indiran Ghandi, seolah-olah memperlekeh Parlimen dan Kabinet apabila menyatakan keputusan Mahkamah Persekutuan ini jelas menzahirkan betapa ‘Parlimen dan Kabinet takut membuat keputusan’,” katanya.

The post Hakim perlu diberi taklimat mengenai Islam sebelum kendali kes appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 264882299495491829

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item