ismakualaterengganu

Hamas gesa Abbas berhenti harapkan Amerika jadi orang tengah

GAZA, 10 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menggesa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berhenti daripad...

GAZA, 10 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menggesa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berhenti daripada mengharapkan Amerika Syarikat (AS) menjadi orang tengah proses damai Palestin-Israel.

Sebaliknya, Hamas yang pernah terbabit dalam tiga perang dengan rejim pengganas Israel sebelum ini, dan berpangkalan di Gaza, tetapi cawangannya beroperasi di seluruh Timur Tengah, berkata, Pihak Berkuasa Palestin (PA) sepatutnya selaras dengan kehendak penduduk Palestin yang menentang pencerobohan rejim itu.

Wakil tertinggi Hamas di Lubnan dan anggota jawatankuasa politik pergerakan itu, Osama Hamdan berkata, keputusan Presiden AS, Donald Trump mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan cadangan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv, tidak menghalang penduduk Palestin menuntut tanah mereka, termasuk Baitulmadis.

“Keputusan yang dibuat oleh Majlis Pusat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) beberapa hari lalu adalah di luar jangkaan,” katanya kepada Quds Press.

Pegawai-pegawai Hamas sedang berusaha membentuk badan perunding untuk menetapkan platform bagi mesyuarat, menghentikan penyelarasan keselamatan dengan Israel, mengisytiharkan penamatan penyelesaian dan kembali kepada penentangan, kata Hamdan.

“Mempertaruhkan nasib kepada Amerika Syarikat adalah satu perjudian yang tidak boleh dimenangi. Cubaan mencari alternatif kepada AS bukanlah pilihan bijak. Oleh itu, mesej kami kepada Presiden Abbas adalah untuk menerima pilihan rakyat dan menentang, dan dia tidak akan kalah,” katanya.

 

Ditanya sama ada terdapat sokongan serantau bagi penentangan itu, Osama menegaskan keadaan di wilayah itu tidak menerima ‘perjanjian abad ini’ dan begitu juga bagi rakyat Palestin.

“Penolakan kami terhadap perjanjian itu didorong oleh penolakan serantau. Oleh itu, mereka yang menyokong kesepakatan itu tidak mempunyai pilihan selain menolak perjanjian berkenaan,” katanya.

The post Hamas gesa Abbas berhenti harapkan Amerika jadi orang tengah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 7831424246725906912

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item