ismakualaterengganu

Hampir 10,000 mangsa banjir di Pahang

BANGI, 17 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Jumlah mangsa di negeri Pahang terus meningkat kepada 9,866 orang daripada 2,711 keluarga, yang melib...

BANGI, 17 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Jumlah mangsa di negeri Pahang terus meningkat kepada 9,866 orang daripada 2,711 keluarga, yang melibatkan pertambahan satu lagi daerah terjejas iaitu Maran.

Daerah-daerah lain yang terjejas ialah Kuantan, Rompin, Bera, Pekan, Lipis dan Jerantut.

Berdasarkan laman infobanjir.jkm.gov.my, sehingga jam 9 pagi tadi, Kuantan mencatatkan paling ramai mangsa membabitkan 7,805 orang daripada 2,189 keluarga, diikuti Pekan seramai 1,251 orang daripada 308 keluarga.

Di Rompin, membabitkan 653 orang daripada 175 keluarga, Jerantut 54 orang dari 10 keluarga Maran 51 orang, Bera 36 orang dan Lipis 19 orang.

Manakala, menerusi laman web infobanjir.water.gov.my sehingga jam 9 pagi tadi, sebanyak tiga sungai di negeri ini melepasi tahap merah atau bahaya.

Tiga sungai berkenaan adalah Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan (11 meter), Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran (19.28 meter) dan Kuala Sungai Chini, Pekan (15.39 meter) yang semuanya menunjukkan trend meningkat.

The post Hampir 10,000 mangsa banjir di Pahang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6394506878627077865

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item