Hanya PAS boleh selamatkan UMNO, kata Ridhuan Tee

BANGI, 21 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengulangi cadangannya kepada UMNO dan PAS supaya tidak bertanding sesama sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Katanya, UMNO tidak perlu bertanding di kawasan yang telah dimenangi PAS dan begitu juga sebaliknya, supaya hanya akan berlaku pertandingan dua penjuru dengan parti lain.

“Lagi pun UMNO hari ini sedang tenat dilanda kontroversi, termasuk terbaharu isu Felda. Tidak ada sesiapa yang boleh menyelamatkan UMNO pada hari ini, melainkan PAS.

“UMNO jangan ingat atau terlebih perasan, dengan berpecahnya PAS, memberi keuntungan kepada mereka. Pun belum tentu lagi. Sebaliknya, berpolitiklah secara matang sebelum terlambat.

“Lupakanlah apa yang telah berlaku, lihatlah ke hadapan, mendepani masa akan datang. Masa depan agama dan negara lebih besar daripada parti,” katanya.

Ikuti ulasan beliau selanjutnya dalam ruang Kolumnis Ismaweb.net hari ini.

The post Hanya PAS boleh selamatkan UMNO, kata Ridhuan Tee appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian