Hati-hati jika dapat tawaran kerja di luar negara

PAPAR, 3 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menasihatkan rakyat negara ini yang menerima tawaran kerja di luar negara supaya mendapatkan maklumat sahih, termasuk syarat untuk bekerja di negara itu menerusi kedutaan negara tersebut di Malaysia atau Kedutaan Malaysia di negara terbabit.

Beliau berkata, perkara itu penting kerana pihaknya telah dimaklumkan berhubung kegiatan pihak tertentu yang menawarkan peluang pekerjaan sambil melancong kepada rakyat Malaysia ke beberapa negara tertentu serta dijanjikan dengan gaji yang lumayan.

“Siasatan awal mendapati kegiatan itu merupakan penipuan… apa yang digambarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu jauh sekali daripada realiti yang bakal dialami oleh rakyat Malaysia yang ingin bekerja di luar negara.

“Sekiranya mana-mana individu memasuki sebuah negara tanpa permit atau visa yang sah, termasuk permit pekerja asing, mereka boleh diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa negara berkenaan,” katanya, hari ini

Anifah berkata, Kedutaan Malaysia juga akan menghadapi kesukaran untuk memberikan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang didapati bekerja di luar negara tanpa permit yang sah.

“Hal ini juga secara tidak langsung boleh mencemarkan imej negara kita. Oleh itu, saya ingin menasihati semua pihak untuk berwaspada dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan sebegini.

“Setiap rakyat Malaysia yang ingin mengunjungi mana-mana negara hendaklah mematuhi syarat kemasukan dan undang-undang tempatan yang sewajarnya,” kata. – Bernama

The post Hati-hati jika dapat tawaran kerja di luar negara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian