Hudud: Banyak tapisan sebelum hukum potong tangan

KOTA BHARU 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Hukuman potong tangan sengaja disensasikan untuk menakut-nakutkan masyarakat Kelantan yang mahu hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

Hakikatnya, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, hukuman potong tangan tidak semudah seperti yang mereka gambarkan.

Katanya, untuk membolehkan hukuman potong tangan dilaksanakan ia mempunyai pelbagai peringkat dan tapisan yang perlu dilalui.

“Masyarakat bincang mengenai potong tangan, sedangkan ia bukan senang, maknanya bagi satu-satu kesalahan ia ada pengecualiannya, ada berbelas–belas pengecualian untuk sampai ke peringkat itu (potong tangan).

“Insya-Allah tidak akan sampai ke peringkat potong tangan. Yang penting undang-undang itu ada dan boleh dikuatkuasakan. Kalau tidak ada penguatkuasaan, itu yang menyebabkan orang tidak takut,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.


Baru-baru ini, kerajaan PAS Kelantan menyatakan hasrat untuk tetap melaksanakan Kanun Jenayah Syariah di negeri itu.

Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan, kerajaan negeri akan menggunakan khidmat pakar bedah bagi hukuman potong tangan terhadap penjenayah yang disabitkan dengan kesalahan mencuri.

Mengulas lanjut Daud berkata, sememangnya Mahkamah Syariah telah lama bersiap sedia, jika Kelantan dapat menguatkuasakan hukum hudud.

Katanya, jika dalam konteks kemampuan, pengamal undang-undang, prasarana dan sebagainya sudah disusun sebagaimana dikehendaki undang-undang.

The post Hudud: Banyak tapisan sebelum hukum potong tangan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?