Isma ucap takziah atas pemergian pejuang kemerdekaan

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana merakamkan ucapan takziah di atas kematian pejuang kemerdekaan, Hashim Said.

Meluahkan kesedihan dengan pemergian lagenda Melayu itu, Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik berkata, pengorbanan tokoh ini memperjuang tanah air daripada penjajah sangat dihargai dan dikenang sepanjang zaman.

“Arwah adalah salah seorang pejuang kemerdekaan yang tidak didendang. Tetapi pemergiannya adalah satu kehilangan. Beliau merupakan seorang pejuang yang lantang dan tegas dengan prinsip.

“Isma mendoakan agar roh Allahyarham dirahmati Allah dan dimasukkan di kalangan orang yang beriman,” katanya.

Hashim atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Hashim meninggal dunia petang semalam, di kediamannya di Kuala Kangsar Perak.

Beliau yang sempat melalui zaman perang Dunia, pemerintahan Jepun, era Bintang Tiga Komunis, menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 96 tahun.

Cikgu Hashim pernah menganggotai barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestamam.

Beliau juga merupakan Ketua API ranting Padang Gajah, Perak, yang memimpin 400 orang pemuda menentang penjajah.

The post Isma ucap takziah atas pemergian pejuang kemerdekaan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian