Israel dikritik teruk dalam persidangan PBB

GENEVA, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengkritik Israel ketika persidangan Majlis Hak Asasi Manusia (HRC), berikutan kegagalannya mematuhi undang-undang dan resolusi badan antarabangsa itu.

Kritikan itu selepas Israel menjalani Kajian Berkala Universal (UPR) yang ketiga, semalam – iaitu proses yang diterajui PBB untuk menilai rekod hak asasi manusia setiap negara dan saranan penambahbaikan.

“Israel adalah satu-satunya negara di dunia yang boleh dipanggil negara apartheid.

“Kami tetap prihatin dengan penafian hak serta nasib rakyat Palestin, tanpa dapat menikmati hak-hak manusia lain,” kata delegasi Afrika Selatan yang bersidang di Palais des Nations, semalam.

Delegasi itu turut menyuarakan cadangan daripada beberapa negara anggota lain, untuk mengakhiri pendudukan wilayah Palestin selama 50 tahun.

Beberapa negara anggota PBB turut menyatakan kebimbangan keadaan hak asasi manusia yang semakin merosot di wilayah Palestin, termasuk pelanggaran Israel terhadap resolusi PBB.

“Kami menggesa Israel supaya segera mematuhi undang-undang antarabangsa dan menamatkan penjajahan 50 tahun serta dasar apartheidnya terhadap rakyat Palestin,” kata perwakilan Palestin.

Beberapa negara termasuk Jordan, UAE, Russia dan Malaysia menyeru Israel menghentikan pendudukan dan pengambilan tanah Palestin, bagi tujuan pembinaan penempatan haram Yahudi sehingga memusnahkan kediaman rakyat negara itu.

Manakala, sebahagian negara seperti Britain, Finland dan Austria menyuarakan kebimbangan mereka terhadap tindakan rejim pengganas Israel yang sewenang-wenangnya menahan kanak-kanak.- Agensi

The post Israel dikritik teruk dalam persidangan PBB appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian