Israel tangkap lebih 6,000 penduduk Palestin sepanjang 2017
RAMALLAH, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Israel menahan lebih 6,742 penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki, sepanjang tahun 2017.
Angka itu meliputi 1,467 kanak-kanak, 156 wanita, 14 anggota Dewan Undangan Palestin, 25 lagi wartawan dan selebihnya orang awam.
Jawatankuasa tahanan Palestin dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua yang ditahan kini berada dalam penjara Israel.
Mengikut polisi penahanan pentadbiran, banduan Palestin ditahan tanpa perbicaraan untuk tempoh antara enam bulan hingga setahun.
Tentera Israel kerap menyerang rumah penduduk Palestin di Tebing Barat, dan menangkap mereka, kononya mendakwa mereka adalah indidvidu yang dikehendaki oleh perkhidmatan keselamatan Israel.
Ketegangan makin meningkat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang baharu. -Agensi
The post Israel tangkap lebih 6,000 penduduk Palestin sepanjang 2017 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan