Israel umum bina lebih 1,300 lagi penempatan haram di Tebing Barat
TEL AVIV, 22 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Menteri urusan tentera rejim pengganas Israel, Avigdor Lieberman mengumumkan rancangannya membina kira-kira 1,300 lagi penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.
Lieberman berkata, dia akan membentangkan rancangan kepada Majlis Perancangan Tinggi untuk pembinaan segera 1,285 unit penempatan hari ini.
Lieberman juga dilaporkan mahu meneliti perancangan pembinaan ke atas 2,500 unit rumah tambahan di kira-kira 20 lokasi yang difikirkan di Tebing Barat.
Beberapa hari sebelum itu, Kabinet Israel telah meluluskan AS$ 11 juta dalam pembiayaan untuk aktiviti pembinaan di Tebing Barat yang diduduki.
Kira-kira 600,000 warga Israel tinggal di lebih 230 penempatan haram yang dibina sejak 1967 pendudukan Israel wilayah Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur al-Quds. – Agensi
The post Israel umum bina lebih 1,300 lagi penempatan haram di Tebing Barat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan