Isu Palestin: UNRWA terus bekerja di bawah mandat PBB

SEMENANJUNG GAZA, 21 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) berkata, pihaknya akan terus bekerja di bawah mandat Perhimpunan Agung PBB (UNGA) meskipun Israel secara beransur-ansur mahu menutup agensi itu.

Penasihat media UNRWA, Adnan Abu Hasna berkata, agensi itu ditubuhkan melalui resolusi Perhimpunan Agung PBB, apabila negara anggota menyokong melanjutkan mandat UNRWA.

“UNRWA secara eksklusif menerima mandat daripada Perhimpunan Agung PBB dan akan terus bekerja di bawahnya sehingga masalah pelarian Palestin selesai melalui semua pihak mengikut cara yang adil,” katanya.

Sementara itu, jurucakap UNRWA, Chris Gunnes berkata, agensi itu telah diberi mandat oleh Perhimpunan Agung PBB, yang memberi sokongan penuh untuk misi kemanusiaannya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam mesyuarat mingguan Kabinetnya berkata, agensi UNRWA secara beransur-ansur perlu ditutup.

Netanyahu berkata, langkah praktikal perlu diambil untuk mengubah keadaan apabila mendakwa UNRWA tidak membantu menyelesaikan sebaliknya menambah masalah pelarian Palestin.

Amerika Syarikat sebelum ini dilaporkan akan membekukan dana kewangan kepada UNRWA dan menghentikan bantuan terhadap rakyat Palestin sehingga negara itu sedia berunding dengan Israel.

Mengulas perkara itu, Abu Hasna berkata, UNRWA tidak dimaklumkan mengenai keputusan rasmi Washington untuk menggantung bantuan kewangan.

“UNRWA sudah menderita defisit kewangan sebanyak AS$49 juta dan sebarang penggantungan dana akan memberi kesan negatif terhadap kerja,” katanya.- Agensi

The post Isu Palestin: UNRWA terus bekerja di bawah mandat PBB appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian