‘Jangan sekat agensi bantuan ke kem di Myanmar’: PBB

MAUNGDAW, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Myanmar supaya tidak menyekat agensi bantuan untuk ke kem-kem yang dibina bagi menempatkan pelarian Rohingya sebelum mereka dibenarkan pulang ke negara itu.

Sekumpulan delegasi antarabangsa mengingatkan perkara itu kepada Myanmar selepas melawat kem pelarian Taung Pyo Letwe, di luar bandar Maungdaw yang terletak berhampiran sempadan Bangladesh.

Rakaman video menunjukkan keadaan kem dengan deretan rumah panjang yang dibina dengan papan lapis di kawasan berbatu dan dikekelilingi dengan pagar dawai diletakkan kawat berduri.

Kelmarin, Bangladesh memaklumkan untuk menangguh pemulangan pelarian Rohingya ke Myanmar kerana proses penyusunan dan pengesahan masih belum lengkap.

Timbalan Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Justin Forsyth dalam satu kenyataan menyifatkan perbincangan penghantaran semula pelarian Rohingya ke Myanmar sebagai pramatang.

Katanya, UNICEF mahu memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelarian terutama kanak-kanak dijamin sekiranya kembali ke negara itu. – Agensi

The post ‘Jangan sekat agensi bantuan ke kem di Myanmar’: PBB appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian