Jasa Ahmad kepada ibu hingga ke barzakh

KOTA BHARU, 23 Rabiulakhir 1439H, Khamis – “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya yang telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah (dari awal mengandung hingga akhir susuannya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu serta kepada Aku jua tempat kembali” . (Surah Luqman ayat 14)

Demikian juga halnya dengan Ahmad Che Soh, 48 tahun, penduduk Kampung Bechah Keranji, Peringat, Kota Bharu, yang pernah bergurau dengan rakannya mengatakan dia akan sentiasa bersama ibunya.

Malah, ketika usia mudanya dahulu, Ahmad mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur, tetapi hanya tiga minggu sahaja, dia pulang ke kampung semata-mata kerana mahu menjaga ibunya, Che Limah Che Mat Amin.

Isteri Ahmad, Wan Sepinah Wan Hasan, 54 tahun, memberitahu sejak berkahwin pada 2010, dia menyedari Ahmad adalah seorang anak yang taat kepada ibu dan banyak masanya dihabiskan untuk menjaga Che Limah.

Dan, kira-kira jam 7.30 malam semalam, setelah enam hari dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II akibat serangan angin ahmar, Ahmad menghembuskan nafas terakhir.

Selesai jenazah Ahmad dimandi dan dikapankan, tetapi belum sempat pun dibawa keluar dari rumah menuju tanah perkuburan, khabar mengejutkan diterima ahli keluarga.

Belum sempat pun Che Limah mengucup jenazah Ahmad, dia pula menghembuskan nafas terakhir di bilik sebelah di rumah itu, kira-kira jam 10.50 pagi, pada usia 93 tahun.

Demikianlah seloroh Ahmad ketika hayatnya mengatakan dia dan ibunya akan mati bersama.

Jenazah kedua-duanya kemudian dikebumikan bersebelahan di Tanah Perkuburan Pagar Kulim Bechah Mulong, Melor.

Hadis riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia,”. Lalu baginda ditanya: “Siapa ya Rasulullah?” jawab Rasulullah SAW, “Sesiapa yang mendapati kedua orang tuanya (dalam usia lanjut), atau salah seorang daripada keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk syurga (dengan memelihara orang tuanya sebaik-baiknya).”

The post Jasa Ahmad kepada ibu hingga ke barzakh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian