ismakualaterengganu

Jemaah perlu henti amalan minum air kencing unta

BANGI, 17 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Tiada bukti saintifik menunjukkan amalan meminum air kencing unta boleh merawat sebarang penyakit, ka...

BANGI, 17 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Tiada bukti saintifik menunjukkan amalan meminum air kencing unta boleh merawat sebarang penyakit, kata Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Iman).

Ketua Jawatankuasa Fiqhnya, Dr Ahmad Faidhi Mohd Zaini berkata, meminum air kencing unta hanya amalan perubatan tradisional masyarakat Arab yang tidak dianggap dalam kategori as-Sunnah Tasri’yyah.

Katanya, itu hanyalah amalan yang dilakukan oleh masyarakat Arab.

“Dahulu virus dari unta tidak wujud, menjadikan amalan meminum kencing unta tidak berbahaya.

“Kini, kita sedia maklum ada kemungkinan untuk menghidap MERS-CoV daripada unta, sebarang sentuhan patut dielakkan,” katanya.

Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia disahkan dijangkiti Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) selepas mengerjakan umrah.

Siasatan awal mendapati pesakit telah meminum susu unta mentah dan bersentuhan dengan unta ketika melawat ladang haiwan berkenaan ketika di Tanah Suci.

Kementerian Kesihatan sebelum ini sentiasa mengingatkan jemaah agar tidak bersentuhan dengan unta, meminum susu atau kencing unta dan memakan daging unta yang kurang masak.

The post Jemaah perlu henti amalan minum air kencing unta appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 7592995697417455983

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item