Jom buru iman dalam program umrah Ismaweb.net

ASSALAMMUALAIKUM! AHLAN WASAHLAN

Berita baik untuk anda, ismaweb.net sebagai pendahulu kepada portal berita yang berjuang untuk Islam dan bangsa Melayu di Malaysia, bukan sahaja memikul peranan dalam mendidik dan membangunkan jati diri umat Islam di negara ini melalui media.

Sebaliknya, Ismaweb.net menetapkan kehadiran kami di kalangan umat Islam Malaysia dengan menyediakan pelbagai program pemantapan rohani. Justeru, kami mengambil pendekatan baharu dengan membawakan kepada anda satu program ‘Umrah dan Ziarah Bersama Ismaweb Siri 1 2017’.

Bertemakan ‘Memburu Sebakul Iman’ dan menerusi kerjasama dan kelolaan syarikat Touch Me Travel & Tours Sdn Bhd, program buat julung kali ini akan bermula pada 4 April hingga 15 April – 12 hari, 10 malam – dengan penerbangan terus pesawat Saudi Arabian Airlines dari KLIA ke Madinah dan kembali ke Malaysia menerusi Jeddah.

‘Memburu Sebakul Iman’ bukan sahaja terbuka kepada semua umat Islam yang layak, malah mereka yang berdaftar dengan Ismaweb.net akan diberi potongan harga RM200 tiap seorang. Manakala, jumlah peserta adalah tidak terhad.

Selain melaksanakan ibadah umrah, program kami akan membawa peserta melawat pusat peranginan yang terletak di barat daya Arab Saudi – Taif – sejarak kira-kira 55 kilometer dari Tanah Suci Makkah, dan perkampungan Halimatul Sa’adiah yang jauhnya kira-kira 50 kilometer dari Taif.

Selain itu, program ini juga akan diisi dengan slot ceramah berkaitan iman dan amanah akan disampaikan oleh ustaz jemputan.

Jarang, pakej umrah dengan harga serendah RM6,990 (belum diskaun), peserta dibawa ke kedua-dua tempat bersejarah itu, untuk melihat sendiri kesan peninggalan dakwah Islam oleh Baginda Rasulullah SAW, selain perkampung ibu susuan Nabi Muhammad SAW.

Kami juga tidak akan menerima bayaran pendaftaran mengikuti program ini, sebaliknya bayaran penyertaan hendaklah dibuat terus kepada agensi pengelola – Touch Me Travel & Tours Sdn Bhd.

Untuk menyertai program ini, anda hanya perlu memasukkan nama dalam Facebook ismaweb.net dengan menekan poster program. Urusan pengisian borang dan pembayaran dibuat kepada Touch Me Travel & Tours Sdn Bhd. Slip atau resit bayaran hendaklah ditunjukkan kepada kami sebagai pembuktian.

Harga pakej termasuk

  1. Penerbangan kelas ekonomi, airport tax, surcaj bahan api
  2. Penginapan Madinah/Makkah (mengikut pilihan bilik)
  3. Pengangkutan di Tanah Suci termasuk ziarah ke Taif dan perkampungan Halimatul Sa’adiah
  4. Makan dan minum
  5. Mutawwif/lawatan di Madinah dan Makkah
  6. Visa

Anda diberi:

  • Air zamzam 5 liter
  • Beg (1 beg besar troli; 1 hand luggage; 1 beg sandang) dan buku panduan umrah
  • Uncang selipar
  • Buku panduan umrah
  • Tiga kali mengerjakan umrah (yang pertama miqat di Bir Ali tidak jauh dari Madinah; kedua miqat di Hudaibiyah dan ketiga miqat di Jaaranah)

Tarikh penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan mengikut jadual syarikat penerbangan. Sebarang pindaan tertakluk pada
perubahan dengan notis.

Maklumat lanjut, termasuk jadual perjalanan akan kami siarkan dari semasa ke semasa.

Peringatan: Ismaweb bukan ejen agensi pelaksana umrah, sebaliknya kami melaksanakan program sebagaimana dilakukan agensi kerajaan dan pihak swasta lain.

The post Jom buru iman dalam program umrah Ismaweb.net appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?