JPJ keluarkan lebih 21,000 saman dalam Ops Patuh

KUALA LUMPUR, 13 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Sebanyak 21,613 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas pelbagai kesalahan dalam Ops Patuh yang dijalankan di seluruh negara bagi tempoh Januari sehingga 30 Disember 2017.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, saman berkenaan melibatkan kesalahan seperti lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Katanya, dalam tempoh sama 42,478 kenderaan diperiksa dan lebih 28,000 notis dikeluarkan oleh agensi penguatkuasaan itu selain 72 kenderaan disita.

“Kita mendapati kebanyakan kenderaan yang disita dipandu oleh warga asing… kebanyakan mereka tidak mempunyai lesen memandu.

“Selain itu, notis dikeluarkan untuk pemilik kenderaan membawa kenderaan menjalani pemeriksaan misalnya untuk pemeriksaan cermin gelap,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Ops Patuh di Jalan Bangsar di sini, awal hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ismail Mohd Zawawi berkata dalam Ops Patuh berkenaan, 2,896 kenderaan diperiksa dalam operasi di Jalan Bangsar dan Jalan Genting Klang.

Menurutnya, 724 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan kepada pemilik kenderaan dalam operasi yang bermula kira-kira 8.30 malam tadi dan berakhir pada 1 pagi ini. – Bernama

 

The post JPJ keluarkan lebih 21,000 saman dalam Ops Patuh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian