Juara Piala Presiden Isma 2016 sertai Liga Perdana Sosial Selangor

SHAH ALAM, 1 Jamadilawal 1439H, Khamis – Kelab Bola Sepak Isma Selangor (KBIS) menyertai kejohanan Liga Perdana Sosial Selangor (SSPL) yang berlangsung sejak November lalu sehingga Februari depan.

Penyertaan kali pertama itu sebagai sebahagian daripada persiapan KBIS menghadapi saingan pada Piala Presiden Isma 2018 dan Liga Selangor United, musim ini.

Pengurus pasukan, Mohd Hazwan Ab Halim berkata, liga yang diadakan di padang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) itu, turut menawarkan slot kelayakan untuk bermain di salah satu liga Divisyen 5 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), iaitu Selangor Champions League (SCL).

“Kami berharap pasukan Kelab Bola Sepak Isma Selangor (KBIS) dapat memberikan saingan di sepanjang liga ini, demi membangunkan arena bola sepak Selangor.

“Di samping itu juga, menjalin persahabatan dengan pasukan lain di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Bekas juara Piala Presiden Isma 2016 itu juga masih mengekalkan jurulatih mereka, Azlan Johar untuk terus membantu melengkapkan persediaan pasukan bagi musim ini.

“Kita juga mahu merampas kembali gelaran juara Piala Presiden Isma musim ini daripada Kelab Bola Sepak Isma Pahang.

“KBIS juga ingin berterima kasih kepada pihak penaja, Science Valley, Kumpulan Az-Zahrah, Alam Harta Realty dan Optoman Optometrist atas sumbangan kewangan yang dihulurkan untuk pembentukan pasukan bola sepak komuniti,” katanya.

The post Juara Piala Presiden Isma 2016 sertai Liga Perdana Sosial Selangor appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian