Kapal Seabed mula cari MH370 di Lautan Hindi

PUTRAJAYA, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Seabed Constructor, kapal canggih yang ditugaskan untuk menjalankan misi menjejaki pesawat Malaysia Airlines MH370, tiba di kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) merangkap Ketua Pasukan Bertindak MH370, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, kapal itu memulakan operasi pencarian menggunakan Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) pertama yang dilancarkan pada jam 0055 waktu tempatan (0255 waktu Malaysia), kelmarin dan seterusnya menggunakan AUV berikutnya.

Kerajaan Malaysia menggunakan khidmat syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited, bagi misi pencarian MH370. Ocean Infinity menyewa kapal penyelidikan Norway, Seabed Constructor bagi misi pencarian tersebut.

Penerbangan MH370 bersama 239 orang hilang dari skrin radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, dan kehilangan MH270 disifatkan sebagai antara yang paling menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan di dunia.

“Operasi pencarian untuk menjejaki MH370 oleh Ocean Infinity adalah berdasarkan terma “no cure no fee” iaitu pembayaran hanya dibuat apabila serpihan pesawat ditemukan dalam tempoh masa 90 hari,” kata Azharuddin dalam satu kenyataan, semalam

Azharuddin berkata, misi itu melibatkan sejumlah 65 kru atas kapal itu termasuk dua anggota dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai wakil kerajaan Malaysia.

“Pasukan itu akan memaklumkan kepada keluarga mangsa MH370 mengenai perkembangan terkini melalui mesej teks dan e-mel serta maklumat terkini elalui laman web rasmi MH370 di http://ift.tt/2n4Faku apabila maklumat baharu diperoleh,” kata beliau. – Bernama

The post Kapal Seabed mula cari MH370 di Lautan Hindi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian